Tahniah! Anda telah berjaya memiliki rumah idaman. Kini, hanya selangkah sahaja lagi untuk melengkapkan keperluan rumah idaman anda dengan
menyertai pelan perlindungan Takaful myProtect Home. Pelan ini adalah pelan perlindungan komprehensif yang
akan membayar ganti rugi kepada anda sekiranya berlaku sebarang kerugian atau kerosakan terhadap barang berharga di rumah anda. Dengan kata
lain, anda tidak perlu keluarkan wang simpanan anda.
Peril Yang Dilindungi
Banjir
Kebakaran
kilat, petir atau kebakaran bawah tanah
Kecurian
pecah masuk secara paksa dengan kekerasan sebenar ke dalam atau luar rumah
Ribut Angin
siklon atau taufan
Klik di sini untuk mengetahui mengenai perlindungan lain.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)
Kelebihan Takaful myProtect Home
PELAN FLEKSIBEL
3 pelan pilihan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak anda
3 pelan pilihan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak anda
PERLINDUNGAN TINGGI
Jumlah perlindungan tinggi sehingga RM200,000
Jumlah perlindungan tinggi sehingga RM200,000
SUMBANGAN RENDAH
Bermula dari serendah RM94
Bermula dari serendah RM94
Nota Penting:
| a. | Ini adalah pelan perlindungan selama setahun. Anda perlu memperbaharui pelan ini pada setiap tahun. |
| b. | Kehilangan wang tunai akibat kebakaran atau kecurian dihadkan kepada RM 500 dalam mana - mana satu tempoh perlindungan Takaful. |
| c. | Tiada satu artikel (kecuali perabot, piano, organ, perkakas rumah, radio, set televisyen, set perakam video, peralatan HiFi dan seumpamanya) boleh melebihi 5% daripada Jumlah Perlindungan melainkan anda menyenaraikan secara khusus. |
| d. | Untuk barangan platinum, emas dan perak, barang kemas dan pakaian bulu, pembayaran manfaat adalah terhad kepada 1/3 daripada Jumlah Perlindungan. |
| e. | Ekses boleh dikenakan pada setiap peristiwa tuntutan tertentu. |
| f. | Pelan ini tidak melindungi produk yang tidak patuh syariah seperti arak dan produk berkaitannya, produk berasaskan tembakau dan sebagainya. |